AMC Menawan Gunung Santubong

by AMC Proaktif | 7:58 PM in | comments (3)

Gunung Santubong Telah di tawan , Takbir, Allah hu Akbar!!!


Gunung Santubong dari Pasir Pandak

Pada 22 November, Kami dari Apperentice Motivation Center, AMC telah mendaki gunung Santubong, Sarawak. Aktiviti yang menyihatkan badan ini telah disertai seramai 15 orang peserta AMC yang bersungguh-sungguh untuk menawan gunung santubong.



Mendaki Gunung Santubong


Kesungguhan menjadi kekuatan mental dan fizikal


Mendaki dan terus mendaki

Alhamdulillah kami mula mendaki pada pukul 8.30 pagi, hujan renyai telah mengiringi kami setibanya kami di 3/4 gunung santubong... Dan akhirnya kami sampai di puncak gunung santubong pada pukul 1.10 petang..


Permandangan dari atas Gunung Santubong


Diantara peserta AMC

Laungan azan zohor telah dikemundangkan oleh seorang ikhwah dan kami solat di puncak gunung santubong. Inilah pertama kali azan dikumandangkan dan solat diadakan disana...


Wajah Kegembiraan lahir dari peserta....


Penulis di puncak Gunung Santubong

Alhamdulillah, Allahu Akbar, Subhanallah... Akhirnya impian kami untuk mendaki dan menawan Gunung Santubong telah terlaksana... Insya Allah pihak AMC akan mengadaka program sebegini lagi di masa hadapan...

Aturlah waktu anda!!!

by AMC Proaktif | 7:11 PM in | comments (0)

..: 10 TIPS MENGATUR WAKTU :..


1. Buatlah perencanaan
Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

2. Pusatkan perhatian
Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah waktu yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.

3. Ambillah waktu rehat
Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.

4. Jauhkan suasana berkecamuk
Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak. Mereka mengra bahawa dengan cara itu persoalan yang penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.

5. Jangan menjadi ‘perfectionist’
Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama , dapat dicapai,memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua, selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran waktu yang sia-sia.

6. Jangan takut mengatakan tidak
Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.

7. Jangan menunda-nunda kerja
Penundaan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiaaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa dirimelakukan pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.

8. Lakukanlah bedah siasat radikal
Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan cenderung tumbuh semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan radikal. Jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan, alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah kegiatan ini, seklai untuk selama-lamanya.

9. Delegasikan pekerjaan

Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau esekutif firma gergasi untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Sebagai peringatan, mewakilkan kepada pekerja bawahan pekerjaan yang tidak disukai oleh anda dan semua orang lain bukanlah mendelegasikannya, tetapi meberi perintah. Belajarlah mendelegasikan tugas yag penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan waktu anda.

10. Jangan kecanduan kerja
Hampir semua eksekutif berjaya mempunyai jam kerja yang panjang, tetapi mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang pentig dalam hidup mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan berbual kosong.Ini membezakan mereka daripada orang yang kecanduan kerja yang sama tarafnya seperti orang yang kecanduan alkohol. Gejala kecanduan kerja mencakupi penolakan untuk mengambil cuti, tidak dapat menyingkirkan pejabat daripada fikiran pada hujung minggu serta isteri dan anak-anak yang asing baginya.

Petikan dari buku siri motivasi ‘JATIDIRI PENGGERAK PERUBAHAN’

Salam Jom bagi kata-kata

by AMC Proaktif | 6:44 PM in | comments (0)

Assalamualaikum...

Apakata kita berbagi kata-kata di YOUTHSAY.COM

Senangje kawan-kawan... ianya adalah survey untuk kita meluahkan kata-kata kita.... kita juga boleh baca atau read opinion oran lain....



Contohnya...

Saya nak jadi usahawan terbilang dan cemerlang di MALAYSIA...

Saya nak jadi anak SOLEH dan Berjaya...

Jom kawan. kita give our pendapat...

Salam Jom bagi kata-kata

by AMC Proaktif | 6:44 PM in | comments (0)

Assalamualaikum...

Apakata kita berbagi kata-kata di YOUTHSAY.COM

Senangje... ianya adalah survey untuk kita meluahkan kata-kata kita....



Contohnya...

Saya nak jadi usahawan terbilang dan cemerlang di MALAYSIA...

Saya nak jadi anak SOLEH dan Berjaya...