by AMC Proaktif | 11:17 PM in | comments (0)

Rajin Berdoa Satu Motivasi Dari Al Quran

Terlalu banyak kata-kata motivasi Islam yang saya nak petik dari ayat-ayat Al Quran. Membacanya satu persatu sungguh mengasyikkan.

Untuk tips motivasi Al Quran kali ni, saya kongsikan sepotong ayat dari surah Al Fatihah ayat 5-7 yang bermaksud :

“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. “

Setiap apa yang kita usahakan, lebih mudah mendapat keberkatan bila dimulakan dengan Bismillah. Andai sebelum ini kita jarang memulakan kerja kita buat dengan lafaz Bismillah, hari ni Anda perlu berubah.

Amalkan membaca Bismillah saat Anda mula melakuan sesuatu. Kesannya, kita buat kerja dengan penuh tenang dan fokus, tak bercelaru.

Dalam kita berusaha sedaya upaya mengejar kejayaan, jangan kita lupa asasnya. Mengejar kejaayaan, bererti kita sedang berhadapan dengan sesuatu yang diluar kuasa manusia.

Kita tidak tahu sama ada kejayaan yang menjadi matlamat kita boleh dicapai oleh tidak sebab ia berada di masa hadapan, bukan masa sekarang.

Kita juga tidak tahu bagaimana kita boleh mencapainya dengan cara yang betul dan bagaimana ia akan ditunjukkan pada kita, atau dengan cara apa ia dimunculkan depan kita. Kita cuma disarankan supaya berusaha.

Walaupun kejayaan bergantung pada usaha, tapi ia boleh berubah bila-bila masa mengikut kehendak Allah swt. Kekadang, saat sibuk berusaha, kita lupa pula berdoa meminta pertolongan pada Allah supaya menunjukkan kita ke arah kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan yang kita kejar.

Lama-kelamaan, kita lupa terus!

Mengapa kiat perlu dekatkan diri pada Allah? Sebab, dia penguasa pintu-pintu kejayaan. Sudah tentu dia akan memberi petunjuk ke arah kejayaan pada sesiapa yang dikehendakinya, terutama hamba-hambanya yang selalu mendekatkan diri padanya.

Syaratnya cuma satu, Anda dekatkan diri sahaja. Rajinkan beribadah, doa dan berzikir.

Petunjuk itu akan muncul dalam bentuk idea, ilham, gagasan, situasi, benda atau orang perseorangan yang tiba-tiba muncul tanpa kita sedari. Semuanya terjadi secara kebetulan.

Konsep kebetulan ni pula sama dengan apa yang ada di dalam Law Of Attraction dan kuasa minda separa sedar. Tiada yang kebetulan, kerana ia telah diatur oleh penguasa alam, Allah swt.

Niat kita dan perkataan yang kita selalu ucap dalam hati, adalah satu doa.

Lebih banyak Anda berdoa, lebih dekat Anda pada Allah. Kesannya, lebih banyak jalan-jalan kejayaan ditunjukkan pada Anda.

Dalam rajin berusaha, kasi up lagi dengan merajinkan diri berdoa pada Yang Maha Esa. Gabungkan kedua-duanya sekali.

Kita perlu berubah. Mulakan hari ini juga!

Diambil dari: iMotivasi Blog